Tuesday, July 15, 2008

PERALIHAN KUASA PUCUK PIMPINAN UMNO

Sedikit sebanyak hati rasa lega apabila pucuk pimpinan UMNO mula merapat kata, berjanji setia dan akan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Jun 2010 adalah masa yang dijanjikan oleh Pak Lah dalam usaha merangka strategi peralihan kuasa pucuk kepimpinan negara.

Sekurang-kurangnya satu perubahan baru dalam UMNO dalam meredakan gundah-gulana rakyat berikutan pendirian Pak Lah sebelum ini yang tegas menyatakan tidak akan berhenti kerana banyak janji rakyat belum ditunaikan. Demi untuk kebaikan UMNO dan Kerajaan pada masa akan datang, Pak Lah telah mengambil satu pendekatan dan nescaya perubahan sebegini amatlah penting dalam usaha menarik kembali sokongan rakyat Melayu dan ahli UMNO untuk masa depan negara.

Pak Lah telah menentukan tarikhnya namun ada pihak nampaknya mula bermain kata, rasa curiga dan mendakwa setakat janji Pak Lah semata-mata belum tentu Najib akan dapat apa yang dijanjikannya. Itulah kata-kata mereka yang luka dan kecewa kerana hasrat dan cita-cita tidak seperti dijangka. Namun rakyat dan terutamanya ahli UMNO tetap pegang pada janji dan sumpah taat setia, UMNO tidak pernah lupa akan janji jika dikota.

Hanya yang kecewa akan berkata-kata sedemikian, tapi rakyat semua percaya Pak Lah dan Najib sudah berjanji setia akan peralihan kuasa tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ia berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kenyataan terbuka Pak Lah dengan menyatakan Najib akan menggantikan beliau mengurangkan keresahan sebaliknya kembalikan sokongan ahli UMNO dan orang Melayu yang ingin melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Kerajaan setelah keputusan teruk dalam PUR ke 12 baru-baru ini. Mungkin kenyataan beberapa ‘orang kuat’ dalam MT UMNO untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada persidangan Agung UMNO Disember sedikit sebanyak telah membuka pintu hati Pak Lah mengubah pendirian beliau.

Disembar nanti ahli UMNO akan berhimpun dalam usaha merangka strategi masa depan negara. Gunakanlah peluang yang ada sebaik-baiknya semasa perhimpunan nanti untuk agama, bangsa dan negara. Jauhkan sikap mementingkan diri dan kuasa kerana ia tidak akan kemana-mana, sebaliknya masa depan UMNO juga akan rosak binasa. Tapi mungkin juga ada perwakilan cuba mendesak supaya Pak Lah meletakan jawatan lebih awal dari yang dijangka.


Tengku Razaliegh nampaknya gundah dan gulana dan semakin hebat berhujah dan berkata-kata. Najib yang disebut sebagai pengganti tidak berkata hanya berterima kasih dan berjanji taat setia kepada ketua. Muhyiddin Yassin, sebelum ini lantang bersuara seperti lagak seorang pendekar berjuang untuk bangsa dan negara sudah diam tidak berkata-kata. Tapi Tun Mahathir yang telah berubah pendirian sebelum ini berkata Najiblah pilihan pemimpin harapan abngasa dan negara, namun kebelakangan ini mula tidak menaruh harapan sebaliknya Muhyidin Yassin pula di nobatkan sebagai pahlawan.

Tapi ramai juga yang berkata, setelah Tengku Razaliegh mula melemparkan idea membangunkan negara dan menurunkan harga minyak meringan beban rakyat yang menderita, gabungan Tengku Razaliegh/Muhyidin Yassin mampu memartabatkan kembali UMNO dan negara.


Kenyataan Tengku Razaliegh mula menjadi bualan. Rata-rata mula bertanya-tanya kenapa selepas debat antara Anwar Ibrahim Vs Shabery Cheek baru beliau bersuara, melemparkan idea kononnya mampu membangunkan negara dan mempunyai strategi menurunkan harga petrol. Jika benar beliau ahli UMNO yang setia, demi agama, bangsa dan negara, bentangkan strategi dan langkah-langkah yang beliau maksudkan kepada pucuk pimpinan negara.

Tapi beliau hanya pandai berkata, hingga hari ini langsung ideanya entah kemana. Namun semua faham, itu hanyalah kata-kata mereka yang kecewa kerana Pak Lah sudah tentukan masa dan siapa penggantinya.

Namun kita haruslah sedar dan marilah kita amati, kenapa kita mengadai maruah bangsa jika orang lain mendapat banyak manfaat dan memperolehi kesenangan sedangkan kita asyik tuduh menuduh, tikam menikam dan bermasam muka sesama kita. Orang lain sedang gembira meraikan kejayaan dan menikmati tuntutan kita masih mengasah parang berjuang untuk menentukan kematian.

Adakah kita mahu melihat UMNO akan hilang kuasa dan bukan melayu akan berkuasa pada masa akan datang? PUR ke 12 sepatutnya menjadi pedoman dan pengajaran buat orang-orang Melayu betapa rapuhnya kuasa politik orang Melayu berbanding bangsa lain.

Tidak mustahil kuasa manoriti jika bergabung boleh menjadi kuasa majoriti. Jika sebelum ini kita memperlekeh dengan kata-kata ’manakan kaum Cina dan India boleh berkuasa’ kerana Melayu majoritinya jauh lebih tinggi berbanding kedua-dua kaum ini. Namun hari ini sebaliknya berlaku. Kedua-dua kaum ini dilihat mempunyai kemahuan dan tekad yang sama iaitu mengambil alih pucuk pimpinan negara dan menentukan arah tuju politik negara di masa akan datang.

Dalam peralihan kuasa ini juga, pucuk pimpinan UMNO perlu melihat strategi untuk merampas kembali lima negeri di bawah penguasaan pembangkang. Jika dibiar semakin lama penguasaan pembangkang pada negeri-negeri tersebut maka semakin tipis harapan BN untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut. Sudah tentu pembangkang akan cuba memenangi hati dan perasaan rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua sekalipun.

Ramai berpendapat bahawa sebaik-baik mengelak rakyat mula terpukau dan tertawan dengan tawaran dan perlaksanaan pembangkang ialah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13 seawal 2010. Karat jika sudah lama melekat amat susah untuk menghilangkannya walaupun sekuat manapun di sental.

Harapan semoga semua ahli UMNO bukalah mata. Jangan terlampau ghairah untuk menawarkan diri bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, sebaliknya tumpulah perhatian untuk memulihkan parti dan sokongan ahli dan orang-orang Melayu kepada UMNO. Jika semua leka, perjuangan UMNO sejak sekian lama setelah 50 tahun Kemerdekaan Negara akan terkubur buat selama-lamanya. Pemulihan dalaman parti perlulah dilakukan segera supaya tidak merebak penyakitnya yang sudah semakin parah.