Saturday, September 27, 2008

DAP MARAH MESYUARAT TERGEMPAR MT TENTUKAN MASA DEPAN PAK LAH.

DAP MARAH MESYUARAT TERGEMPAR MT TENTUKAN MASA DEPAN PAK LAH.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam blognya telah mengecam UMNO kerana sanggup mengadakan mesyuarat tergempar MT Jumaat lalu untuk membincangkan masa depan kepimpinan Abdullah Badawi tetapi tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis keyakinan yang dihadapi oleh negara sejak lepas pilihanraya lalu.

Beliau seolah olah menafikan bahawa kepimpinan Abdullah Badawi ada kena mengenai dengan krisis keyakinan yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini.

Ataupun beliau senghaja menafikan realiti ini kerana bagi Pakatan Pembangkang semakin lama Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri semakin bebas untuk mereka menyalakan krisis keyakinan dengan menyalahgunakan kebebasan, melanggar tatasusila negara, akta hasutan dan kontrak sosial.

Tidak ada isu lain yang lebih berkesan bagi mereka untuk memenangi pilihanraya kecuali dengan meniupkan api kemarahan rakyat. Kebebasan yang diberikan oleh Abdullah telah memakan dirinya sendiri.

Adalah harapan Pakatan Pembangkang untuk Abdullah Badawi terus menjadi Perdana Menteri kerana dengan itu akan semakin terhadapus keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kit Siang pura pura buat tak tahu.

Dengan pengunduran Abdullah Badawi kelak akan bermulalah krisis keyakinan dikalangan pembangkang dan mimpi mereka untuk menawan negara pada pilihanraya ke 13 tidak akan menjadi realiti.


MUNSYI ABDULLAH

Sunday, September 7, 2008

SIKAP KURANG AJAR THE STAR TERHADAP PRESIDEN PARTI MELAYU TERBESAR

Serentak dengan amaran Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi supaya semua pihak termasuk media tidak mensensasikan isu perkauman ekoran dari kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera , Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai pendatang, akhbar The Star telah menyiarkan sebuah berita untuk menegakkan kesahihan berita itu walaupun hal sebenar telah dijelaskan oleh Ahmad.

Selain dari itu secara “sembunyi” dengan meletakkan fakta sensitif di bahagian terakhir kandungan berita di muka dalam ,The Star 7 September menyiarkan kenyataan berikut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang tidak perlu saya terjemahkan kedalam bahasa Malaysia:

He said” the recent incident in which an UMNO leader described the Chinese who do not deserve rights was very regrettable

“Our right as Malaysian have been guaranteed by the Constitution,

“We have the right to defend these right, This sort things (the questioning of citizens right) should not be happening in our country anymore.

“look at the United States. Right now an African American ( Barack Obama ) is on the verge of becoming president”

Kemudian disiarkan pula kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Sri Ong Ka Chuan bahawa orang China diberikan kerakyatan oleh British kerana kira kira 300,000 orang Cina mati melawan Jepun di negara ini.

Apa perlunya disiarkan lagi berita seumpama ini?

Kerana di cabar lagi maka orang Melayu boleh menjawab semua kenyataan ini. Di Amerika seluruh rakyatnya dibangunkan menerusi satu sistem pelajaran yang membenarkan hanya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar..Dengan itu seluruh rakyatnya berfikiran , berjiwa, bersetia dan berbangga dengan Amerika tetapi Sistem Pelajaran Malaysia ternyata gagal kerana sebaik sahaja negara China melangkah maju ,nasionalisma Cina bersemarak di Malaysia sehingga pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu negaraku dan orang Cina tidak lagi dapat membuktikan kepada orang Melayu sebagai kawan setia ketika susah dan ketika senang.

Kenyataan Ong Ka Chuan jelas melupakan budi orang Melayu. Beliau hanya ingat pada British dan melupakan budi orang Melayu,orang Cina tidak akan mendapat kerakyatan Malaya tanpa persetujuan orang Melayu.Presiden MCA mendiang Tun Tan Siew Sin terpaksa memperjuangkan habis habisan hak kerakyatan bagi orang Cina kerana di tolak oleh orang Melayu. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO berjaya memujuk orang Melayu.

Setelah persetujuan itu ,Tun Tan Siew Sin telah menulis sepucuk surat berterima kasih kepada Tunku dan menyatakan tidak akan melupakan hatibudi orang Melayu selamanya dan Tunku menjadi sahabatnya hingga keakhir hayat.

Tetapi ternyata sebahagian besar orang China termasuk Ong Ka Chuan sendiri tidak tahu mengenang budi dan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Datuk Abdullah Badawi di Parlimen baru baru ini iaitu” sukar untuk dicari kawan yang sanggup bersama ketika susah dan ketika senang.”

Saya menimbulkan pekara ini untuk menunjukan kepada Abdullah bahawa akhbar The Star adalah akhbar “Traitor” atau penderhaka, kalau tidak masakan ia menyiarkan isu yang boleh dijawab lagi oleh orang Melayu.Saya menjawab untuk buktikan jika Star berbahasa biadap dengan menggunakan orang Cina maka orang Melayu juga boleh menjawab secara kurang ajar. Jika Star terus memainkan isu ini maka tidak ada kesudahannya.Tetapi Star ada agendanya.

Cukuplah dengan penjelasan Ahmad Ismail malahan pula dia bukan mewakili pandangan seluruh orang Melayu.Tujuan Star memainkan isu ini ialah kerana Star telah berkonspirasi dengan akhbar akhbar Cina lainnya untuk memprojekan UMNO sebagai parti racist dan perkauman sesuai dengan kehendak Lim Kit Siang.
..
Pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak berpengalaman dan cetek (tidak membaca) tidak nampak semua ini.


Tidak menghiraukan amaran Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya sehari selepas amaran itu diberikan adalah merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Mereka berani berbuat demikian kerana mereka percaya Abdullah Badawi tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.Abdullah mesti membuktikan dengan pantas bahawa hal ini tidak benar dan sekaranglah kesempatan paling baik untuk membuktikannya.

Perbuatan Star ini juga merupakan satu cabaran besar kepada maruah Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Syed Hamid Albar.


Tidak lama dahulu The Star menjuarai para pemblog untuk memberhentikan “politiking” dengan tujuan untuk menutup tangannya yang memegang pisau. Hari ini 7 September akhbar itu memakai berita Timbalan Ketua Menteri Sarawak dengan kepala berita ”Fed up with politicking” tetapi isi beritanya menjirus minyak ke atas api politik perkauman.

The Star tahu bahawa pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri sangat lemah, tidak tajam politik dan hanya cekap dan bijak membuat teguran terhadap penyiaran lucah dan sebagainya.

Dan apabila Menteri Dalam Negeri yang baru berakap pasal nak tubuh Majlis Media yang sudah pernah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara kerana dikatakan bertindih dengan tugas SUHAKAM dan telah”tak jadi” berkali kali kerana tentangan hebat dari NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia),maka wartawan- wartawan tahu bahawa menteri ini pun boleh dimainkan.

Sementara menunggu penubuhan Majlis Media, The Star boleh bermaharajalela dulu. Yang jadi mangsa sebagai akhbar racist dan perkauman kelak ialah akhbar Melayu kerana bahasa Inggeris yang bersifat antarabangsa mempunyai kekuatan untuk melindungi perkauman Cina dan India. Akhirnya yang perkauman ialah UMNO dan Melayu.

Pak Lah mungkin sudah terlambat.


Munsyi Abdullah.