Thursday, November 13, 2008

Mahathir Pura-pura Tidak Tahu

KOPITIAM TALK
12 November 2008

MANTAN Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pura-pura bertanya bagaimanakah Datuk Zaid Ibrahim termasuk dalam golongan peguam yang berpendapatan lumayan di negara ini sedangkan beliau tidak pernah membaca berita Zaid mempertahankan mana-mana kes jenayah yang bayaran guamannya besar..

Lalu Mahathir menyatakan kemungkinan pendapatan Zaid itu daripada menjalankan urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan kerajaan dan lain-lain keperluan “conveyancing” kerajaan. Masakan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak tahu yang sebenarnya.

Tun Mahathir telah mengulas kenyataan Zaid yang mempertahankan bayaran ex-gratia RM5 juta kepada bekas ketua hakim negara kerana dibandingkan dengan pendapatan peguam terkemuka pun mencecah RM2 juta setahun.

Zahid telah mengusahakan pembayaran itu dengan restu Perdana Menteri Datuk Abdullah Badawi dalam konspirasi mereka untuk membalas dendam terhadap Mahathir.

Sebenarnya bukan semua firma guaman Melayu yang berpendapatan dua juta ringgit setahun kecuali firma-firma yang mempunyai cable dengan kerajaan. Zaid tidak mungkin mendapat peluang-peluang kerja guaman dari kerajaan jika beliau bukan orang UMNO.

Bagaimanapun setelah meletakkan jawatan Menteri, Zaid menyatakan “Ketuanan Melayu” tidak perlu.

Keadaan sama seperti Tun Mahahtir sendiri yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun menerusi tiket UMNO, tetapi kemudian hentam UMNO dan meninggalkan UMNO kerana marahkan Abdullah. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Bezanya ialah Zaid sekalipun masih berada dalam UMNO, tetapi menggambarkan dirinya bukan orang UMNO. Mahathir pula sesudah keluar UMNO, tetap berdarah sejati UMNO, tidak lupa daratan dan tidak lupa ketuanan.

Zaid marahkan UMNO dan Mahathir kerana penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO yang dengan itu melibatkan juga masa depan politiknya.

Bagaimanapun Perdana Menteri Abdullah telah memberikan semula tempat kepadanya atas nasihat menantunya Khairy, anaknya Kamaruddin dan beberapa orang lagi di `tingkat empat' untuk menjalankan misi khas tetapi ternyata senjata menikam diri. Apabila sesaorang yang dilantik tanpa berasaskan kepada akar umbi maka dia tidak memahami perasaan ramai.

Apabila Zaid membuat kenyataan-kenyataan yang melupakan asal usulnya setelah meletakkan jawatan sehingga ke tahap tidak dapat melihat faedah Ketuanan Melayu maka ternyatalah bahawa Abdullah Badawi telah melakukan satu lagi kesilapan politik besar yang menambah kemarahan orang kepadanya.

Perlu disebutkan bahawa Zaid juga adalah salah seorang pengasas Majlis Peguam Islam dengan tujuan untuk mencari populariti politik di kalangan orang Islam di negara ini ketika beliau memulakan karier politiknya..

Mungkin sekarang beliau juga berfikir tidak perlu lagi majlis itu baginya kerana tanpa Islam pun, dengan segala kekayaannya dia tidak sahaja boleh hidup di kalangan orang Islam tetapi boleh diterima dengan baik oleh kaum India dan Cina yang tidak beragama Islam.

Taraf pemikiran liberalnya adalah sejalan dengan Pak Lah yang nampak bahawa orang bukan Melayu pun berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia berikutan dengan kemenangan keturunan kulit hitam Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Cuma Perdana Menteri Singapura Hsien Loong agak ketinggalan tetapi realistik apabila beliau tidak nampak orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Singapura untuk suatu jangka waktu yang lama. Tetapi Pak Lah membarakan harapan perkara itu kerana beliau menyatakannya dalam keadaan DAP mengharapkan Lim Kiat Siang menjadi Timbalan Perdana jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Orang bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini memerlukan lebih banyak manusia seperti Zaid Ibrahim yang lupakan tongkat sekalipun pernah bertongkat.

MUNSYI ABDULLAH

Papan tanda: Kenapa Anwar membisu seribu bahasa?

KOPITIAM TALK
10 November 2008

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim adalah seorang bekas pejuang bahasa, rakan karib kepada penulis dan sasterawan, pencinta dan pembaca sajak, menghayati dan menjiwai hasrat serta semangat pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan di negara ini.

Kejayaannya dalam pilihan raya lalu adalah disokong kuat oleh imejnya sebagai pejuang rakyat dan dengan itu beliau membawa bersamanya tidak sahaja harapan akar umbi bukan Melayu, tetapi perasaan dan hati nurani orang Melayu di akar umbi terutama di Pulau Pinang yang berada dalam perasaan terhina.

Yang ada pun pada orang Melayu di Pulau Pinang ialah simbol-simbol yang mendaulatkan kedudukan mereka seperti masjid dan kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Adalah mengejutkan dalam soal yang berkaitan dengan kedaulatan sekalipun hanya merupakan simbol tidak diambil berat oleh beliau. Anwar membisu seribu bahasa terhadap langkah kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memasang tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak Warisan di George Town.

Apakah sebagai Ketua Pembangkang beliau tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan sekutunya supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh menghakiskan pengaruhnya sendiri (Anwar) di Pulau Pinang?



Tidakkah ini membayangkan sikap beliau sekiranya menjadi Perdana Menteri kelak.

Setelah kejayaan cemerlang parti pembangkang yang menghapuskan kuasa dua pertiga kerajaan Barisan Nasional, Anwar berazam untuk menggulingkan kerajaan BN dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat telah turut serta dalam keghairahan beliau ini dan sekalipun 16 Sepetember telah mencatatkan sejarah hitam dalam karier politiknya sebagai seorang yang tidak dapat menunaikan janjinya kepada mereka, namun sebahagian besar masih mempercayainya..

Sentimen politik, ketaksuban kepada kepimpinan dan kelemahan berfkir secara rasional, terpenaruh dengan karisma pemimpin, telah membutakan mata rakyat terhadap kemungkinan yang akan berlaku kepada kepentigan bangsa, agama dan negara jika Anwar Ibrahim menjadi Pedana Menteri.

Apakah beliau akan dapat mengawal sentimen dan dasar parti-parti yang meletakannya sebagai Ketua Pembangkang atau akan lebih mementingkan untuk membuat penyesuian bagi mengekalkan kuasa.

Tidak ada pejuang bahasa, tidak ada penulis dan sasterawan, tidak ada badan-badan bahasa yang sanggup melihat pencerobohan, penghinaan dan provokasi yang senghaja dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengisi sentimen penyokong-penyokongnya atau untuk kepentingan politik dengan menghina kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Anwar Ibrahim seolah-olah langsung tidak merasai perasaan ini yang telah bergegar di seluruh negara termasuk di kalangan ahli-ahli partinnya sendiri..

Terlalu merendahkan taraf pemikirannya jika Anwar Ibrahim dianggap turut percaya dengan strategi DAP meletakkan tulisan jawi untuk menjustifikasikan penggunaan pelbagai bahasa lain di papan tanda di Pulau Pinang. Apakah tulisan rumi yang bersifat tulisan antarabangsa tidak difahami oleh kebanyakan pelawat luar negara yang memahami bahasa Inggeris.

Kenapakah DAP menggunakan tulisan jawi di papan tanda di Pulau Pinang sedangkan seorang anggota Parlimen DAP mahu menghapuskan tuklisan jawi di Bukit Bintang Kuala Lumpuir? Tidakkah ini menghina kemampuan berfikir orang Melayu?

Apakah Anwar Ibrahim membisu kerana beliau percaya kepada matlamat menghalalkan cara?

Semua ini adalah membayangkan kepada orang Melayu tentang dasar dan cara kepimpinan Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, melihat kepada tindak tanduknya terutama selepas pilihan raya, saya yakin bahawa Anwar bijak sebagai seorang seniman jalanan untuk mencapai matlamat dengan menghalalkan cara tetapi dalam jangka masa cara dihalalkan, banyak sudah matlamat dan maruah yang berkaitan dengan dasar nasional dan keagamaan dihancurkan..

Saya bersukur Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

MUNSYI ABDULLAH

Sunday, October 12, 2008

Tiga Exco PKR berbalah isu kuil

NAMANYA saja Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya gabungan pembangkang ini asyik bertelagah bukan setakat di kalangan pemimpin malah penyokong mereka sekali.

Apa yang lebih dahsyat lagi adalah perbalahan dan pertengkaran itu bukannya di dalam mesyuarat tertutup sebaliknya secara terbuka iaitu di dalam media terutama akhbar harian.

Terbaru tiga Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) saling membuat kenyataan bertentangan dan menuduh satu sama lain mengenai satu isu – kuil Sri Maha Kalliaman di Ampang Tasik, Selangor.

Ini diikuti pula oleh penyokong Parti Islam SeMalaysia (Pas) yang memasang sepanduk di kawasan Keramat dekat Ampang yang tidak mahu isu kuil diketengahkan.

Pas tetap dengan perjuangannya iaitu mahu hukum Hudud diperkenal dan dilaksanakan bagi penduduk Islam. Sepanduk mereka berbunyi “Kami Mahu Hudud bukan Kuil”.

Kekalutan di kalangan pemimpin PKR semakin teruk apabila timbul pula isu patung Datuk Seri Anwar Ibrahim setintgi 12.2 meter yang didirikan di depan Wisma Keringat, Batu Caves.

Kalangan ahli Pas dan tentunya Mufti Perlis menolak sama sekali sikap mendewa-dewakan Anwar sehingga membina replika beliau itu malah Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan ahli dan pemimpin PKR itu membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan segera.

Menurut akhbar Sinar Harian, Isnin lalu, tindakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menggantung tugas Timbalan Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Hamid Hussein berkaitan isu kuil berkenaan telah dipersoal Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A Samad.

Iskandar berpendapat adalah tidak wajar bagi Ronnie membuat keputusan menggantung tugas Hamid kerana sepatutnya perkara ini dibuat secara kolektif dan bukannya berdasarkan pandangan sesetengah pihak saja.

Malah menurut Iskandar berikutan sikapnya yang mempertikaikan tindakan Ronnie itu beliau menerima banyak sokongan daripada pengundi dan orang ramai yang kesal dengan langkah terburu-buru Ronnie itu.

Bantahan Iskandar dan orang ramai itu terus mendapat perhatian dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyindir dengan berkata setiap Exco seharusnya menjaga bidang tugas masing-masing.

Pokoknya Ronnie mahu menjaga kepentingan siapa? Begitu juga Xavier dan juga Iskandar. Agaknya bagaimana mereka ini menghadiri mesyuarat Exco. Apakah setiap seorang akan bermasam muka di depan Menteri Besar ?

Laporan awal MPAJ menunjukkan kuil itu dibina di tanah rizab hutan di Ampang. Ada kalangan berkata surat peringatan dan arahan pindah sudah lama dikeluarkan.

Bagi menjaga hati pengundi MB dikatakan dengan segera menubuhkan jawatankuasa khas yang akan mencari tempat ganti bagi membina semula kuil dirobohkan itu.

Hamid yang digantung tugas atas dakwaan membenarkan tindakan diambil terhadap kuil itu pula dilaporkan bercuti raya dan tidak tahu mengenai apa berlaku itu.

Sedang isu kuil itu agak hangat tiba-tiba pula timbul kisah majlis perasmian patung Anwar di Batu Caves dihadiri oleh Adun kawasan itu, Amirudin Shari, Ahli Parlimen Kapar S Manikawasagam, R Sivarasah (Subang) dan William Leong (Selayang).

Dr Asri dalam ulasan beliau turut menekankan, pembinaan patung itu tetap haram kerana ia meniru perbuatan musyrikin dan perbuatan syirik yang jelas.

Wednesday, October 8, 2008

SIKAP STAR TERHADAP PENCEROBOHAN MAJLIS TERBUKA HARI RAYA PERDANA MENTERI.

Tidak ada kutukan dari akhbar The STAR terhadap tindakan Hindraf menceroboh Majlis Terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru baru ini malah berita mengenainya di tekan, diperekcil perkecilkan oleh akhbar ini, tidak di besar besarkan seperti ia membesarkan pencerobohan terhadap kuil Hindu,penahanan Tressa Kok dan wartawan akhbar Sin Chew Daily atau pemusnahan kawasan pertanian haram orang Cina..

Pencerobohan terhadap hari kemuliaan Islam itu tidak kurang sensitifnya kepada orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia.

The Star yang mendakwa sebagai akhbar nasional dan suara rakyat secara bijak mempromokan isu isu bersifat perkauman bukan Melayu. Baginya sesuatu masalah atau isu mengenai kepentingan Melayu bukan isu nasional. Bagi STAR pencerobohan terhadap Majlis Hari Raya orang Islam tidak ada nilai kepentingan keselamatan negara dan maruah nasional.

Bayangkan bagaimana layanan berita yang akan diberikan oleh The STAR kalau orang Melayu pergi menyembelih lembu di majlis Deepavali.

Tidak ada rakyat Malaysia yang rasional yang merastukan apa yang dilakukan oleh Hindraf pada hari kemuliaan orang Islam tetapi STAR menjadi tidak rasional bila melihat isu kepentingan agama Islam. Benar kata bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir bahawa isu isu sensitif kepada orang Melayu bila dihebohkan oleh orang Melayu dianggap sebagai racis tetapi perjuangan perkauman bukan Melayu dianggap sebagai isu nasional.

Akhbar ini adalah akhbar yang dikuasai oleh MCA. Presidennya Ong Ka Ting cukup cepat menunjukan akhbar akhbar Melayu sebagai perkauman bila membangkitkan pencerobohan terhadap sosial kontrak tetapi dia tidak dapat melihat bagaimana akhbarnya sendiri melanggar dasar dasar yang menjadi asas kepada perpaduan nasional.

Kita ingin bertanya kenapa The STAR membisu seribu bahasa terhadap tindakan Hindraf menajiskan Majlis Hari Raya Idilfitri yang diberikan oleh Perdana Menteri?.Kenapa STAR memperkecilkan pekara ini?

Pada zaman pemerentahan Tun Mahatir akhbar ini telah menjalankan jarum perkaumannya dengan menggunakan bekas Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai perisainya tetapi akhirnya kerajaan terpaksa menggantung pengedarannya beberapa bulan kerana mengapikan isu perkauman. Berikutan dengan itu anggota anggota jabatan pengarangnya bertempiaran lari ke Hong Kong,Singapura dan Amerika.

Pada masa itu timbul cadangan untuk orang Melayu mengambilalih The STAR tetapi rancangan ini dibatalkan kerana sifat sifat toleransi UMNO dan Kerajaan.

Bagaimanapun keadaan ini menjadi lebih buruk dalam masa pemerentahan Abdullah Badawi. Satu satunya akhbar Inggeris yang masih di miliki oleh UMNO iaitu NST telah dibiarkan dikuasai oleh orang orang India yang kuat Hindunismenya. Beberapa orang Melayu diberikan kedudukan penting dalam jabatan pengarang NST tetapi mereka hanya menjadi boneka kepada orang India yang beragama Hindu dan juga keturunan India Islam.

Sebenarnya tidak ada lagi akhbar perdana Bahasa Inggeris di Malaysia yang menjadi suara berani orang Melayu. Nasionalisme dan idealisme yang cuba dibangunkan oleh Tan Sri Samad Ismail setelah berjaya me Malaysianise kan NST telah hancur samasekali.

Abdullah Badawi telah menyempurnakan kehancuran ini.

MUNSYI ABDULLAH.

Saturday, September 27, 2008

DAP MARAH MESYUARAT TERGEMPAR MT TENTUKAN MASA DEPAN PAK LAH.

DAP MARAH MESYUARAT TERGEMPAR MT TENTUKAN MASA DEPAN PAK LAH.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam blognya telah mengecam UMNO kerana sanggup mengadakan mesyuarat tergempar MT Jumaat lalu untuk membincangkan masa depan kepimpinan Abdullah Badawi tetapi tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis keyakinan yang dihadapi oleh negara sejak lepas pilihanraya lalu.

Beliau seolah olah menafikan bahawa kepimpinan Abdullah Badawi ada kena mengenai dengan krisis keyakinan yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini.

Ataupun beliau senghaja menafikan realiti ini kerana bagi Pakatan Pembangkang semakin lama Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri semakin bebas untuk mereka menyalakan krisis keyakinan dengan menyalahgunakan kebebasan, melanggar tatasusila negara, akta hasutan dan kontrak sosial.

Tidak ada isu lain yang lebih berkesan bagi mereka untuk memenangi pilihanraya kecuali dengan meniupkan api kemarahan rakyat. Kebebasan yang diberikan oleh Abdullah telah memakan dirinya sendiri.

Adalah harapan Pakatan Pembangkang untuk Abdullah Badawi terus menjadi Perdana Menteri kerana dengan itu akan semakin terhadapus keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kit Siang pura pura buat tak tahu.

Dengan pengunduran Abdullah Badawi kelak akan bermulalah krisis keyakinan dikalangan pembangkang dan mimpi mereka untuk menawan negara pada pilihanraya ke 13 tidak akan menjadi realiti.


MUNSYI ABDULLAH

Sunday, September 7, 2008

SIKAP KURANG AJAR THE STAR TERHADAP PRESIDEN PARTI MELAYU TERBESAR

Serentak dengan amaran Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi supaya semua pihak termasuk media tidak mensensasikan isu perkauman ekoran dari kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera , Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai pendatang, akhbar The Star telah menyiarkan sebuah berita untuk menegakkan kesahihan berita itu walaupun hal sebenar telah dijelaskan oleh Ahmad.

Selain dari itu secara “sembunyi” dengan meletakkan fakta sensitif di bahagian terakhir kandungan berita di muka dalam ,The Star 7 September menyiarkan kenyataan berikut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang tidak perlu saya terjemahkan kedalam bahasa Malaysia:

He said” the recent incident in which an UMNO leader described the Chinese who do not deserve rights was very regrettable

“Our right as Malaysian have been guaranteed by the Constitution,

“We have the right to defend these right, This sort things (the questioning of citizens right) should not be happening in our country anymore.

“look at the United States. Right now an African American ( Barack Obama ) is on the verge of becoming president”

Kemudian disiarkan pula kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Sri Ong Ka Chuan bahawa orang China diberikan kerakyatan oleh British kerana kira kira 300,000 orang Cina mati melawan Jepun di negara ini.

Apa perlunya disiarkan lagi berita seumpama ini?

Kerana di cabar lagi maka orang Melayu boleh menjawab semua kenyataan ini. Di Amerika seluruh rakyatnya dibangunkan menerusi satu sistem pelajaran yang membenarkan hanya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar..Dengan itu seluruh rakyatnya berfikiran , berjiwa, bersetia dan berbangga dengan Amerika tetapi Sistem Pelajaran Malaysia ternyata gagal kerana sebaik sahaja negara China melangkah maju ,nasionalisma Cina bersemarak di Malaysia sehingga pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu negaraku dan orang Cina tidak lagi dapat membuktikan kepada orang Melayu sebagai kawan setia ketika susah dan ketika senang.

Kenyataan Ong Ka Chuan jelas melupakan budi orang Melayu. Beliau hanya ingat pada British dan melupakan budi orang Melayu,orang Cina tidak akan mendapat kerakyatan Malaya tanpa persetujuan orang Melayu.Presiden MCA mendiang Tun Tan Siew Sin terpaksa memperjuangkan habis habisan hak kerakyatan bagi orang Cina kerana di tolak oleh orang Melayu. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO berjaya memujuk orang Melayu.

Setelah persetujuan itu ,Tun Tan Siew Sin telah menulis sepucuk surat berterima kasih kepada Tunku dan menyatakan tidak akan melupakan hatibudi orang Melayu selamanya dan Tunku menjadi sahabatnya hingga keakhir hayat.

Tetapi ternyata sebahagian besar orang China termasuk Ong Ka Chuan sendiri tidak tahu mengenang budi dan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Datuk Abdullah Badawi di Parlimen baru baru ini iaitu” sukar untuk dicari kawan yang sanggup bersama ketika susah dan ketika senang.”

Saya menimbulkan pekara ini untuk menunjukan kepada Abdullah bahawa akhbar The Star adalah akhbar “Traitor” atau penderhaka, kalau tidak masakan ia menyiarkan isu yang boleh dijawab lagi oleh orang Melayu.Saya menjawab untuk buktikan jika Star berbahasa biadap dengan menggunakan orang Cina maka orang Melayu juga boleh menjawab secara kurang ajar. Jika Star terus memainkan isu ini maka tidak ada kesudahannya.Tetapi Star ada agendanya.

Cukuplah dengan penjelasan Ahmad Ismail malahan pula dia bukan mewakili pandangan seluruh orang Melayu.Tujuan Star memainkan isu ini ialah kerana Star telah berkonspirasi dengan akhbar akhbar Cina lainnya untuk memprojekan UMNO sebagai parti racist dan perkauman sesuai dengan kehendak Lim Kit Siang.
..
Pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak berpengalaman dan cetek (tidak membaca) tidak nampak semua ini.


Tidak menghiraukan amaran Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya sehari selepas amaran itu diberikan adalah merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Mereka berani berbuat demikian kerana mereka percaya Abdullah Badawi tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.Abdullah mesti membuktikan dengan pantas bahawa hal ini tidak benar dan sekaranglah kesempatan paling baik untuk membuktikannya.

Perbuatan Star ini juga merupakan satu cabaran besar kepada maruah Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Syed Hamid Albar.


Tidak lama dahulu The Star menjuarai para pemblog untuk memberhentikan “politiking” dengan tujuan untuk menutup tangannya yang memegang pisau. Hari ini 7 September akhbar itu memakai berita Timbalan Ketua Menteri Sarawak dengan kepala berita ”Fed up with politicking” tetapi isi beritanya menjirus minyak ke atas api politik perkauman.

The Star tahu bahawa pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri sangat lemah, tidak tajam politik dan hanya cekap dan bijak membuat teguran terhadap penyiaran lucah dan sebagainya.

Dan apabila Menteri Dalam Negeri yang baru berakap pasal nak tubuh Majlis Media yang sudah pernah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara kerana dikatakan bertindih dengan tugas SUHAKAM dan telah”tak jadi” berkali kali kerana tentangan hebat dari NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia),maka wartawan- wartawan tahu bahawa menteri ini pun boleh dimainkan.

Sementara menunggu penubuhan Majlis Media, The Star boleh bermaharajalela dulu. Yang jadi mangsa sebagai akhbar racist dan perkauman kelak ialah akhbar Melayu kerana bahasa Inggeris yang bersifat antarabangsa mempunyai kekuatan untuk melindungi perkauman Cina dan India. Akhirnya yang perkauman ialah UMNO dan Melayu.

Pak Lah mungkin sudah terlambat.


Munsyi Abdullah.

Sunday, August 31, 2008

GERAKAN: PENDATANG HARAM CINA DALAM BARISAN NASIONAL..

GERAKAN PENDATANG HARAM CINA DALAM BARISAN NASIONAL..


Kalangan politik China termasuk seorang ahli jawatankuasa Pemuda Gerakan Pulau Pinang Dr.Thor Teong Gee telah meminta supaya tindakan displin diambil terhadap Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail kerana telah mensifatkan orang China sebagai pendatang dan kerana itu tidak layak untuk mendapat persamaan hak di negara ini.

Ahmad Ismail telah membuat kenyataan itu dihadapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib ketika berkempen di pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru baru ini.

Dr.Thor berkata kenyataan itu menunjukan Umno masih lagi menggunakan ideologi perkauman untuk mencapai agenda politiknya.Bagaimanapun kenyataan itu dirasakan tepat untuk melepaskan geram jika ditujukan kepada DAP dan Gerakan dan bukannya kepada MCA dan orang Cina Malaysia seluruhnya


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Badawi telah memberikan jaminan bahawa beliau akan meminta Datuk Ahmad supaya tidak lagi mengulangi kenyataan seumpama itu.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan yang bersifat sensitif ,tidak bijak dan tidak perlu dibuat itu tetapi saya simpati dengan Ahmad Ismail yang tidak tahan melihat dihadapan matanya sikap tidak setia,khianat dan musang berbulu ayam seorang demi seorang orang Cina Gerakan sebaik sahaja BN runtuh di Paulau Pinang.

Pak Lah mahu nasihakatkan Ahmad Ismail supaya tidak mengulangi kenyataan itu tetapi berapa banyak kenyataan yang telah dibuat oleh Pemuda Gerakan Pulau Pinang dan beberapa orang pemimpin Gerakan lain yang amat menyakitkan hati orang Melayu yang tidak pernah menghadapi tindakan dari pihak pemimpin tertinggi Gerakan dan Barisan Nasional?.

Ini harus dikumpulkan oleh Ahmad Ismail untuk diserahkan kepada Pak Lah sebagai Pengerusi Barisan Nasional.Sikap Pak Lah sekarang betul betul macam sikap Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman yang banyak “ Tak Pa”,tolak ansur,tolak ansur,tolak ansur hingga berlaku 13 Mei.

Suara suara marah dari pertubuhan Melayu dan UMNO sendiri dibiarkan berlalu bagitu sahaja sehingga menghakiskan keyakinan Melayu kepada pucuk pimpinan UMNO.

Pak Lah sepatutnya tidak melayan langsung atau tidak memberikan sebarang reaksi kepada kemarahan orang Gerakan itu.Pak Lah masih memikirkan dengan memberikan jaminan itu akan mengembalikan keyakinan orang Cina kepada BN.Hakikatnya setiap hari seorang demi seorang orang penting Gerakan meninggalkan BN.

Gerakan adalah sebuah parti yang telah sekian lama menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional ,yang menikam UMNO dari belakang, yang masuk ke dalam BN dengan jiwa DAP dan PAP (People Action Parti Singapura).Maka itu suaranya dari masa kemasa lebih bersifat perkauman Cina yang kadang kadang terlihat lebih hebat dari DAP sendiri.Tujuannya adalah untuk memenangi hati orang Cina dengan menyaingi MCA.Gerakan adalah sebenarnya pendatang haram Cina dalam Barisan Nasional.

Bagaimanapun apa yang jelas Gerakan di tolak oleh orang China Pulau Pinang sendiri yang sifat dan peribadi mereka dari dahulu lagi tidak tahu mengenang budi dan suka menggigit tangan yang memberi. Apalah perlu bagi Pak Lah nak mengambil berat suara sebuah parti yang sebenarnya tidak ujud lagi.

Terimalah hakikat bahawa Gerakan tidak lagi memberikan faedah kepada Barisan Nasional.Orang orangnya telah membuktikan terdiri dari mereka yang hanya sanggup bersama kawan ketika senang dan lari dari kawan ketika susah.

Persetankan parti Gerakan yang pada hakikatnya sudah berkubur dan tidak mempunyai masa depannya lagi di negara ini.

Friday, August 29, 2008

TUN DR. MAHATHIR TERUS MEMBAKAR KELAMBU

Tun Dr.Mahathir salah dalam menilai penyertaan Tunku Aziz Tunku Ibrahim bekas Pengerusi Transparency International (TI) ke dalam parti DAP sebagai tandak orang Melayu telah menyokong DAP.

Sesunguhnya bukanlah baru orang Melayu menyertai DAP malah sejak era Tun Abdul Razak lagi ada beberapa kerat Melayu yang lebih bernilai telah menyertai parti itu umpamanya Allahyarham Mohd Noor seorang pemimpin Kesatuan Sekerja yang terkenal, tetapi siapalah Tunku Aziz? Dia tidak lebih dari seekor ikan bilis di kalangan masyarakat Melayu.

Dia di kenali di kalangan bukan Melayu sebagai seorang penulis kolum di akhbar NST yang pernah menghentam Anwar Ibrahim habis habisan. Dia bukanlah seorang nasionalis seperti Dr.Mahathir malah tulisan tulisannya tidak pernah menampakkan dirinya sebagai seorang yang memahami hasrat rakyat biasa sebaliknya merupakan seorang yang tidak sensitif kepada perasaan bangsanya..

Dia berbeza dengan pemimpin Melayu lain yang mendapat dididikan Barat. Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr.Ismail, Tun Hussein Onn adalah elitis Melayu pada zaman mereka tetapi tidak nampak terasing dari aliran perjuangan yang berteraskan akar umbi nasionalisma Melayu dan Malaysia. Nasionalisma mereka tidak di persoalkan tetapi siapakah Tunku Aziz yang bercinta dengan DAP sejak 20 tahun lalu? Dia tidak pernah di dikenali di kalangan politik Melayu, samaada di kalangan ahli biasa Pas atau pun UMNO atau di kalangan intelektual Melayu, apatahlagi kepada rakyat biasa di kampong- kampong.

Fikirannya adalah fikiran Bar Council yang menyamai fikiran Zaid Ibrahim seorang yang berjaya menjadi menteri kerana perlantikan dan bukan kerana persetujuan rakyat.

DAP telah mengumumkan penyertaannya seolah-olah sebagai tangkapan “ikan besar” ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh. Bagi DAP memang dia perlu membesarkan yang kecil untuk memperkuatkan lagi keyakinan bukan Melayu bahawa DAP semakin popular di kalangan orang Melayu, sama seperti perlunya akhbar Melayu membesarkan seorang bukan Islam memeluk agama Islam.

Tindakan keluar seorang pemimpin Gerakan dalam masa pilihanraya itu juga telah digunakan oleh DAP untuk mempromosi pengaruhnya tetapi apalah ertinya lagi Gerakan kepada BN, sebuah parti yang kalah bersih di kubunya Pulau Pinang. Parti ini tidak mempunyai pengaruh nasional seperti MCA malah pada hakikatnya Gerakan adalah jelmaan DAP yang sering menjadi duri dalam daging kepada BN terutama bila BN berada dalam tekanan.

Bagaimanapun dalam saat saat kempen pilihanraya, tindakan mereka ini boleh mengelirukan rakyat atau mempengaruhi rakyat sekalipun sebenarnya personaliti mereka ini adalah “murah” dan tidak bermaruah yang tidak akan dapat memberikan bantuan besar kepada mana mana parti yang mereka sertai atau memberi kesan buruk kepada BN.

Tunku Aziz hanya amat hebat kepada DAP sahaja, seminit sahaja lepas memasuki DAP, Tunku Aziz terus di lantik menjadi Naib Pengerusi parti itu kerana dia telah mencurahkan cintanya yang terpendam selama 20 tahun kepada DAP.



Bagaimanapun amatlah mengejutkan dan sungguh di kesalkan seorang ahli politik yang pintar seperti Dr.Mahathir telah menganggap penyertaan Tunku ini begitu bererti kepada masyarakat Melayu pada hal orang Melayu tidak pernah merasakan Tunku ini pernah hadir di kalangan mereka.

Pengikhtirafan Mahathir kepada Tunku ini memberikan kredibiliti kepada DAP. Tun Dr.Mahathir terus tenggelam dibawa oleh arus kemarahan dan kebencian kepada “Pak Lah” sehingga beliau tidak lagi nampak tepian dan pantai.

Kerana kemarahannya dia sedang membakar kelambu bangsanya.

Maka itu lah juga sebabnya Dr.Mahathir seorang nasionalis yang diterima sebagai internasionalis telah memberikan nilai yang tinggi kepada manusia yang hanya layak untuk berada di bawah telapak kakinya.

Sunday, August 17, 2008

PERJANJIAN SULIT HAJI HADI – ABDULLAH BADAWI.

Pandangan Ketua Pengarang Akhbar The Star Dato' Wong Chun Wai tentang mengapa President Pas Dato'Sri Haji Hadi Awang tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdan Menteri Malaysia merupakan asas maklumat menarik untuk diberikan perhatian dan dilihat lebih jauh lagi.

Ini adalah oleh kerana Wong dalam blognya memberikan beberapa fakta yang sejajar dengan sikap firebrand Haji Hadi dan juga dasar Pas mahu menegakan negara Islam di Malaysia.Antara lain Wong menyatakan Hadi bimbang dengan bertambahnya kawasan majoriti bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Hadi juga telah memberitahu Convention Pas di Pulau Pinang bahawa Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya anggota Parlimen bukan Islam melebihi anggota Parlimen Islam(maksudnya dalam Pakatan Rakyat)

Berasaskan kepada kebimbangan inilah maka Hadi sekalipun seorang yang dianggap keras pendiriannya tetapi beliau merasa perlu untuk berunding dengan UMNO bagi perpaduan Islam untuk mempastikan seorang yang bagitu liberal seperti Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.

Menurut Wong pendirian Hadi ini tidak dapat dinapikan kerana beberapa fakta mengenainya disiarkan sendiri oleh Harakah suara rasmi PAS.

Maka itu sukarlah untuk kita menerima kenyataan Anwar Ibrahim didalam blognya yang mendakwa beliau selamanya mempunyai hubungan yang istemewa dengan Hadi .

Muktamar Pas sendiri menolak kenyataan ini apabila memperlihatkan ada dua pandangan dalam soal Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam.

Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Pas Nik Aziz Nik Mat membisu dan demikian juga Naib Presiden Pas dan bakal pengganti Nik Aziz sebagai MB Kelantan Dato Husam sebaliknya suara penyokong Hadi sebagai bakal Perdana Menteri adalah amat nyaring dan menyerlah.
.

Berasaskan kepada fakta fakta ini maka yang sudah pasti jika kerajaan BN ditumbangkan pada 16 September ini , mimpi Anwar Ibrahim akan hancur berkecai dan Hadi pasti akan menjadi Perdana Menteri.

Tidakah ini sudah ada dalam perkiraan di pertemuan rahsia antara Hadi- Abdullah?.

LIWAT PERKARA BIASA BAGI GURU PONDOK...

Pertanyaan banyak ditimbulkan mengapa Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat sehari sebelum menjelang pilihanraya Permatang Pauh.Ramai meanggapnya sebagai suatu konspirasi politik Barisan Nasional untuk menjatuhkan karier politik bakal perdana menteri , Anwar Ibrahim.


Sumpah Saiful tidak meyakinkan Presiden Pas Haji Hadi bahawa Anwar bersalah malah beliau meanggapnya sebagai perbuatan politik kotor.

Cara bersumpah itu juga telah dipersoalkan dari segi tidak perlunya memegang Al Quran sebaliknya cukup dengan melafazakan tiga kali Wallahi..

Memang belum ada sesiapapun yang membuat konklusi Anwar telah bersalah dan ramai juga yang meanggap bahawa tidak semestinya dia tidak melakukannya. Rata rata berpendapat Mohd Saiful tidak mungkin sanggup melakukan sumpah itu kerana dia mengetahui betapa berat dan azabnya hukum Allah kelak keaatanya dan keturunannya didunia dan akhirat .Tidak ada orang Islam yang waras akan sanggup melakukannya.

Kata Prof. Datuk Dr.Mohmood Zuhdi Abdul Majid pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh,Kuliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa,Saiful melakukannya adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggungnya sekarang.

Mengenai anggapan sumpah itu suatu konspirasi politik kerana dilakukan menjelang pilihanraya, maka apakah jika dilakukan lama sebelum pilihanraya maka Saiful tidak akan menerima tuduhan yang sama?.

Yang lebih penting untuk diketahui oleh orang ramai ialah bahawa kebanyakan tok guru pondok dan murid muridnya tidak terkejut dengan kejadian liwat kerana ini adalah merupakan mainan biasa anak muda di pondok pondok.

Di zaman lalu di pondok pondok ,jika sesaorang murid lelaki diketahui mempunyai hubongan intim dengan seorang murid lelaki lain,maka pada malamnya murid murid lain akan mengendap(mengintip menerusi lubang) dan jika didapati sah maka mereka akan menanggung beramai ramai pondok kediaman dua kekasih ini ketika mereka sedang mengadakan hubungan. Esoknya seluruh penghuni pondok tahu kerana pondok pasangan ini telah berpindah tempat.



Maka itulah sebabnya bekas tok guru pondok Presiden Pas Haji Hadi dan Murshidul Am Pas Nik Aziz tidak terkejut dengan tuduhan liwat terhadap Anwar kerana buktinya tidak ada.Tidak ada kondominium yang dipindahkan.


MUNSYHI ABDULLAH

Wednesday, August 13, 2008

BABI INI TIDAK AKAN BALIK KE CINA.

Kita tidak tahu dimanakah Penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat maklumat bahawa orang yang menyerbu masuk kedalam forum Majlis Peguam “Memeluk Islam” telah memanggil orang Cina babi dan menghalau mereka supaya balik ke Cina.

Saya percaya sumbernya adalah orang dalam Majlis Peguam sendiri. Maka itu beliau menjawab dalam blognya “No this babi will not balik Cina”.

Kata kata ini menjadi kepala kecil(sub heading) kepada rencananya yang tajuk besarnya ialah ”Storming of Bar Council-Had UMNO plotted for extreme reaction?” yang tidak secara langsung menuduh UMNO berada di belakang serbuan ke Majlis Peguam itu.

Antara komen yang disiarkan sebagai reaksi kepada rencananya itu dari seorang Cina yang bernama Pongsaling ialah:

*Why call us babi ?
We eat pork,only babi(melayu? )don't eat pork.So I wonder who is babi.?
*Balik Cina! Don't they know that not all Chinese were born in China.Chinese can be found at every part of the world.
Can someone tell the pig head(Melayu ketua babi?) about these.

Lim Kit Siang adalah seorang anggota Parlimen yang diharapkan oleh rakyat mengetahui tanggunjawabnya dan bukannya penyebar kata kata kebencian dan hasutan yang tidak disahkan sumbernya.

Jika benar sekalipun dia tidak seharusnya meluaskan penyebaran kata kata seumpama ini sekiranya dia mahu memelihara perasaan baiksangka antara kaum. Mungkin perkataan itu disebut oleh sesaorang tetapi dalam forum yang amat terbatas.

Seorang Cina memberikan komen reaksi kepada hasutan Lim Kit Siang itu sebagai berikut::

Looking at current social economic development in China as further demonstrated in the opening of the Olympic games,it is not such bad idea to go back to China anyway.

Orang Melayu tidak seharusnya marah kepada semua orang Cina kerana sikap orang ini kerana yang berfikiran demikian hanyalah orang Cina kaya,profesional dan ahli perniagaan.Orang Cina yang miskin tidak pernah terlintas di kepala mereka untuk berhijrah tetapi hanya untuk menjual sayuran, buahan atau berniaga ikan di pasar- pasar dan lain lain perniagaan kecil di kampong atau di bandar di negara ini.

Yang menimbulkan perasan cemas,ketidak yakinan kepada negara,kebencian kepada polis Melayu, orang Melayu,raja Melayu,Hak Istemewa Melayu, dan anti social ialah orang seperti Lim Kit Siang. Sejarah telah mencatitkan orang orang Lim Kit Siang telah pergi ke Kampong Baru dan Datuk Keramat Kuala Lumpur selepas kemenangan besar DAP dalam pilihanraya I969 dan menghalau orang Melayu balik kampong dengan menunjukan penyapu(Baca buku Tunku Abdullah Rahman Putra 13 Mei).

Lim juga banyak membuat fitnah dan tuduhan palsu.Umpamanya dia menuduh RTM membuang DJ orang India sebelum pilihanraya lalu yang ternyata tidak benar(sebenarnya dibuang kerana masalah displin),dia juga membawa seorang pekerja asing dari Canada ke lobi Parlimen untuk mendakwa penanam modal asing tak mahu datang ke Malaysia kerana banyak Mat Rampit.


Inikah kualiti seorang anggota Parlimen yang mahu Malaysia menjadi negara kelas pertama?

Sekalipun dia mengistiharkan “No this babi will not balik China” tetapi dia menghasut orang Cina supaya bersemangat untuk balik ke Cina kerana negara ini tidak lagi selamat. .

Sepucuk surat lagi yang disiarkan dalam blognya mengatakan “Malays in Malaysia consider Indonesia as their motherland”

Ini membayangkan perasaan Lim Kit Siang sendiri terhadap motherland nya dan kerana itu dia menghasut orang Cina supaya memandang rendah kepada negara ini sehingga percaya bahawa upacara perasmian Olimpik games adalah menggambarkan Cina pada keseluruhannya.


Munsyhi Abdullah.










.

PKR DI AMBANG PERPECAHAN?

ANCAMAN Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin, untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama golongan sealiran dengannya, sudah pasti membimbangkan Anwar Ibrahim.

Zulkifli yang dilaporkan hilang mendedahkan beliau dan ramai lagi AP Keadilan amat terkilan dengan sikap Datuk Seri Anwar yang semakin membelakangkan kepentingan Islam.

Krisis dalaman itu timbul sedang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan memberi amaran parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan baru selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam teras kepimpinan menerajui negara.

Beliau berkata demikian di depan 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Selangor di Shah Alam, minggu lalu.

Betapa Anwar yang juga penasihat PKR semakin dingin dan tidak mempedulikan tuntutan Islam pula dinyatakan Zulkifli ketika berucap kepada jemaah di Surau Al-Ehsaniah, Ampang Jaya, lewat bulan Julai.

Zulkifli memberitahu setelah kira-kira 20 tahun beliau berjuang menegakkan prinsip Islam apa dilihatnya kini adalah PKR tidak begitu mempedulikan keperluan umat dan pengundi Islam.

Ini, katanya, jelas daripada dasar terbaru PKR khususnya berkaitan rancangan pembinaan rumah ibadat di setiap bandar dan taman perumahan baru di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kumpulan Ahli Parlimen beragama Islam, katanya, berasa amat tertekan dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan PKR sehingga membuat mereka mahu memberontak sebagai protes terhadap Anwar dan konco-konconya.

Malah, menurut Zulkifli, beliau tidak begitu hirau sangat dengan keputusan mahkamah mengenai kedudukannya dan sudah bersedia untuk keluar PKR bersama rakan-rakan AP yang lain.

Walaupun tidak memberitahu jumlah sebenar AP Islam dalam Keadilan yang akan meninggalkan parti itu, tindakan mereka sudah pasti mengejut dan menggagalkan rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru didakwanya akan disertai 30 AP Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.

Sebelum timbul desas-desus mengenai sikap meluap-luap Zulkifli dan golongan sealiran dengannya, Anwar dengan bongkaknya meramalkan beliau akan menang mudah di Permatang Pauh, 26 Ogos ini dan menubuhkan kerajaan pada pertengahan September.

Kini beliau sedar betapa sikap sombongnya sudah mula memakan diri, Anwar menyalahkan unsur fitnah kononnya ditabur oleh pemimpin kerajaan dan golongan tertentu hingga mampu membuat dia tewas di lubuknya itu.

Terbaru, video Anwar menari dangdut dengan seorang wanita di sebuah hotel dan betapa beliau sebenarnya boleh berjalan dengan tegap di bilik hospital diedarkan melalui isuhot.com.

Jelas di depan orang ramai dia mengadu dan mengerang kesakitan dengan dipapah dan dibantu menaiki kerusi roda, tetapi di dalam bilik hospital, dia menjadi segar bugar dan mundar mandir.

Itupun belum pun menang di Permatang Pauh, beliau sudah pun mengumumkan akan menurunkan harga minyak 70 sen, membebaskan semua tahanan politik dan membela rakyat termiskin.

Kabinet Bayangan pun sudah ditubuhkan dengan pemimpin-pemimpin DAP menjadi tunjang kerajaan PKR. Menurut satu laporan DSAI akan menjadi Perdana Menteri, dengan Lim Kit Siang sebagai Timbalan PM dan Karpal Singh Menteri Dalam Negeri.

Selain jawatan Perdana Menteri, Anwar juga akan memegang potfolio Menteri Kewangan sementara Kit Siang pula mengambilalih Menteri Pertahanan.

Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula akan diketuai oleh Tian Chua, dan barisan jemaah lain adalah Ghobalakrisnan, Irene Fanandez, Yong Teck Lee dan William Leong!!

Sementara Tony Phua akan menjadi Menteri Kewangan II dan Karpal Singh akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Struktur kabinet bayangan ini juga terdapat dalam blog MP Ipoh Barat, M Kulasegaran!! Jika dilihat kepada stuktur 'Kabinet Bayangan' itu jelaslah bahawa Pakatan Rakyat telah menolak Pas. Tidak seorang pun pemimpin kanan Pas disenarai memegang jawatan kanan dalam barisan Kabinet itu.

Tuesday, August 12, 2008

KENAPA TANGKAP HANYA PENARIK BECA

Rocky'Bru (Ahiruddin Attan) Presiden Penaja The National Alliance of Bloggers membela pembelok Penarik Beca(nama sebenar Abu Bakar Mohd Rashid) yang ditahan oleh polis untuk siasatan kerana menyiarkan logo PDRM yang diubah suai dengan menukar gambar kepala harimau kepada gambar kepala anjing dan tanda $ dan C4 menggantikan nama Allah dan Muhammad dan juga bintang lambang negara Israel.

Dalam tulisannya ,Rocky yang tidak memberikan fakta sepenohnya perbuatan “menghina” polis itu telah meanggap penahanan “penarik beca” itu sebagai reaksi yang keterlauan dipihak polis kerana perbuatan bloger itu, katanya “nothing” dibandingkan dengan kehilangan syabu 1 juta ringgit dari balai polis di Johor Baharu.

Ternyata Rocky membela semata mata kerana comradeship dan sentimen melulu apabila “penarik beca” yang dibebaskan dari tahanan selama lebih 40 jam telah mengakui kesilapannya sebagai bodoh dengan menyiarkan logo itu yang diambilnya dari blog seorang penjenayah siber.

Mungkin seperti kebanyakan bloger yang bukan dari wartawan yang terlatih dengan etika kewartawanan,maka “penarik beca” tidak tahu sempadan tetapi untuk orang seperti Rocky tidak mengenal batas tidak boleh dimaafkan.

Rocky melakukan pekara yang sama dengan menyiarkan bendera Malaysia terbalik dalam blognya yang diambil dari blog lain.Jika penyebaran gambar lucah”haram” tidak berarti bahawa akhbar atau media yang memetik dan menyiarkan gambar yang sama”tidak salah” apabila mengambil dari terbitan lain untuk ditunjukan sebagai contoh.Penarik beca mengakui ini sebagai kebodohannya tetapi adakah Rocky berada pada taraf bodoh?

Polis tidak membela seekor dua kambing hitamnya yang terlibat dengan kehilangan syabu 1 juta ringgit,malah ada yang telah pun ditahan dan akan menghadapi tindakan tetapi Rocky mempertahankan penjeyanah siber,meminta pembebasan bloger tanpa usul pereksa dan cuba menutop dosanya sendiri setelah menyiarkan bendera Malaysia terbalik dengan menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan perbuatan itu yang dilakukan oleh rakannya.

Anwar Ibrahim juga meanggap “nothing” bila dia memanggil. Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor “Anjing” ketika Rahim tiba untuk menyiasatnya dalam kes liwat yang pertama dahulu tetapi Rahim merasakan panggilan itu bukan sahaja penghinaan terhadap dirinya tetapi kepada ribuan anggota polis yang diketuainya..Seorang penjenayah bloger cuba mengelirukan menerusi blognya kunonnya Anwar ditumbuk Rahim sebelum dia mengeluarkan perkataan itu.

Saya setuju jika sekiranya Rocky menudoh polis “penakut” “tidak adil” dan bersikap membeza beza antara bloger “penarik beca”dengan bloger DiRaja kerana umum mengetahui tindakan terhadap”raja” terlalu lewat sekalipun secara terus terang dia melakukan berbagai pembohongan, fitnah dan cerita rekaan dalam blognya tetapi bagi Rocky dia adalah raja yang mesti disembahnya dan dia menjadikannya raja ini ini sebagai contoh dalam perjuangan untuk membela kebebasan penulis blog.

Inilah contoh beberapa kerat Melayu yang menjadi The Greates Imitator kepada kebebasan Amerika Syarikat yang berselindong disebalik globalisasi

Kepada bukan Melayu yang memperjuangkan “Malaysian Malaysia” ,mereka adalah wira tetapi kepada bangsa kita mereka adalah anjing upahan.Apalah bezanya antara Lim Kit Siang dengan Rocky?

Monday, August 11, 2008

MAJLIS PEGUAM:MOTIF FORUM MEMELUK ISLAM

Seluruh rakyat Malaysia pada hari ini melahirkan rasa bersyukur di atas rahmat kemakmuran, kedamaian dan keamanan yang dikecapi selama ini. Semuanya adalah kerana kurniaan yang maha esa kerana kita sentiasa berdoa kepadanya agar seluruh rakyat dalam negara dapat menikmati dan mengecapi keindahan ciptaannya.

Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, rakyat Malaysia sepatutnya menghargai dan sama-sama menjaga keamanan, kemakmuran dan kedamaian yang dinikmati. Sepatutnya apa yang kita nikmati hari ini tidak ada pihak mengambil kesempatan dengan cuba mewujudkan suasana yang boleh menjurus dan membawa negara kepada kehancuran dan permasaalahan.

Apa yang berlaku pada negara jiran haruslah dijadikan ikhtibar buat semua rakyat Malaysia. Jika sesuatu negara tidak aman dan makmur, maka kehidupan kita akan sentiasa dibayangi ketakutan dan kerisauan akan keselamatan dan pastinya nyawa akan menjadi taruhan bila negara dalam keadaan kucar-kacir dan kacau bilau.

Cubalah kita bayangkan jika konflik seperti yang terjadi di Selatan Thai, Selatan filipina, Indonesia, Myanmar dan Viet Nam berlaku di negara kita? Hidup tidak aman dan sentiasa dalam ketakutan, hendak keluar mencari makan, nyawa akan dipertaruhkan. Mana tidaknya, pembunuhan dan kekecauan berlaku dimana-mana dan nyawa ibarat sehelai kertas yang tidak bernilai.

Jika ini berlaku pada kita, kemana kita akan melarikan diri? Ke Indonesia? Hari ini saja jutaan rakyat Indonesia datang ke Malaysia mencari perlindungan dan mencari rezeki, atau ke Thailand? Rakyat Thailand pun begitu ramai di Malaysia, manakan tidak lihatlah saja dipelusuk seluruh negara kedai-kedai makan Tom Yam di kuasai oleh mereka. Siapakah ingin membantu kita? Singapura? cubalah kita renungkan, janganlah kita rakyat Malaysia mengadai maruah bangsa dan mengundang kehancuran negara semata-mata inginkan kepuasan nafsu semata-mata.


Jika negara tidak aman dan kacau bilau, pembangunan negara akan turut terjejas dan tumpuan untuk membangunkan negara akan tergendala malah mengundang campur tangan asing mengeruhkan lagi suasana. Jika tersilap langkah, negara akan tergadai dan pada masa itu tiada guna sudah kita menuding jari menyalahkan sesiapa kerana keamanan, kemakmuran dan keadamaian adalah tanggungjawab bersama.

Kekadang rakyat menjadi mangsa akibat kerakusan pihak yang dahagakan kuasa dan pentingkan diri sendiri. Kekadang kita nampak rakyat kita bersatu hati, namun bukan pada mereka yang pentingkan kuasa.

Hari ini, rakyat jauh disudut hati kecewa tidak terhingga kerana maruah agama Islam sudah tidak menjadi agenda untuk perkukuhkan bangsa Melayu di negara kita. Sebaliknya perjuangan untuk keadilan individu yang kononnya penyelamat bangsa menjadi agenda utama, maka berduyun-duyunlah rakyat, bersemangat melaungkan kata keramat ‘reformasi’ untuk kebebasan pejuang mereka.

Demi perjuangkan keadilan kepada rakyat, bermacam-macam cara dan helah dicari untuk mengajak rakyat berdemontrasi kononnya membantah ketidakadilan Kerajaan dalam melaksanakan beberapa tindakan seperti kenaikkan harga minyak dan kes liwat pejuang keadilan. Rakyat jelata diajak untuk berdemontrasi membantah tindakan Kerajaan, maka himpunan sejuta rakyat dan pelbagai lagi himpunan di buat semata-mata kononnya menuntut dan membela hak keadilan.

Namun hari ini, agama Islam telah dicabar dan 90% mereka hadir semasa mengadakan demontrasi dan perhimpunan sejuta rakyat sebelum ini, rata-rata beragama Islam hilang entah dimana membisu seribu bahasa walaupun isu memeluk Islam telah menjadi tajuk perbincangan oleh Majlis Peguam yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam.

Tapi rasa sedih di hati tidak dapat dikata, rata-rata rakyat yang selama ini asyik berdemontrasi dan mereka berjuang mengadakan perhimpunan sejuta rakyat diam membisu, membiarkan Islam di telanjangkan begitu saja. Mungkin yang penting bagi mereka ialah memperjuangkan nasib ketua mereka yang kononnya penyelamat bangsa dan penegak keadilan, bukan pembela agama Islam.

Ketika ‘bapa’ keadilan mereka di dakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, kira-kira 2,000 penyokong yang bersumpah taat setia pada ‘bapa’ keadilan sanggup berkorban masa sehingga membuat kecoh dan memaki hamun pihak berkuasa. Namun hari ini, apabila Agama Islam di persenda, hanya 1,000 saja umat Islam yang terasa tercabar kerana agama Islam di persenda hadir di perkarangan pejabat Majlis Peguam memperjuang dan mempertahankan keagungan Islam. Mereka ini berjuang untuk agama, tapi lihat bagaimana pengaruh manusia yang bergelar ‘bapa’ keadilan berjaya memesongkan pemikiran rakyat supaya agama adalah agenda kedua, tapi kepentingan untuk berkuasa adalah yang utama.

Nampaknya setianya bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam hanya kepada ketua tapi bukan pada agama yang dianutinya. Bukankah ini menunjukkan tanda-tanda kita diakhir zaman?

Ini belum jadi ketua negara, kita sudah nampak akan tujuan dan motif perjuangan mereka. Tidak mustahil demi kuasa, semua kebebasan di beri hak sama rata, agama Islam, sesiapa boleh mempersenda dan dipersoalkan perlaksanaanya, sebabnya demi kuasa. Kenyataan Tun Mahathir jelas perlu di fikirkan dan direnungi oleh masyrakat kita “…kerana terlalu mahukan sokongan, Anwar juga sanggup menolak keistimewaan bangsa sendiri termasuk bekerjasama dengan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang tebal dengan semangat perkauman” (Utusan Malaysia:9 Ogos 2008).

Ramai bangsa Melayu beragama Islam mengaku berasa tersentuh dan tercabar bila apa pihak cuba meniupkan api kemarahan apabila menyentuh sensitiviti agama yang bukan dianuti oleh mereka. Rata-rata orang bertanya kenapa Majlis Peguam hanya menyentuh soal Islam sahaja. Kenapa tidak menyentuh soalan agama Kristian, Hindu dan sebagainya. Kenapa hanya menyentuh persoalan akan berkenaan orang masuk Islam? Bagaimana berkenaan memeluk Kristian, Hindu dan sebagainya? Kenapa mereka tidak mengadakan forum mengenai memeluk Kristian, memeluk Hindu, memeluk Buddha dan sebagainya?kenapa Islam yang di pilih?

Inilah akibatnya jika orang Melayu sendiri berani menentang dan mempersoal dan mempertikaikan hak orang Melayu dan bergaduh sesama sendiri. Mereka sudah lihat akan kelemahan dan sikap orang Melayu dan yang beragama Islam dalam apa yang berlaku sejak kebelakangan.

Wujud juga persoalan kenapa Majlis Peguam tidak memangil pihak berwajib seperti pihak Kerajaan, JAKIM, para Mufti dan alim ulamak untuk turut sama dalam forum bagi membincangkan isu tersebut? Kenapa ia sengaja diperbincangkan secara terbuka? Bukan secara tertutup?

Walaupun Kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ahli-ahli Parlimen termasuk dari pembangkang seperti Menteri Besar Kelantan dan NGO’s membantah supaya Majlis Peguam membatalkan forum itu, namun ia tidak dihiraukan. Forum tetap diadakan, dan ia boleh dilihat terdapatnya unsur-unsur membangkitkan kemarahan umat Islam bertujuan untuk mencetuskan kekacauan. Adakah Kerajaan akan mengambil tindakan dan mengenakan ISA atau OSA kepada Majli Peguam? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Inilah akibatnya jika kita mengundang anasir luar mencampuri urusan masalah dalaman negara. Anasir-anasir ini akan menggunakan mereka-mereka yang terdesak untuk mencetuskan suasana tidak aman. Jika kita amati, negara semakin dicabar secara halus sekitar empat tahun yang lalu. Salah satunya adalah usaha sistematik mereka untuk mendesak kerajaan meminda Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu peruntukan mengenai kebebasan agama. Kumpulan bukan Islam yang menyokong syor pindaan itu telah mengumpulkan tandatangan para penyokong mereka menuntut Artikel 11 dipinda.
Kira-kira dua tahun lalu, pada 23 Julai 2006, ketika perdebatan kes murtad Lina Joy berada di kemuncaknya, kira-kira 8,000 aktivis Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunjukkan solidariti menentang gerakan untuk meminda Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Majlis Peguam juga turut melukakan hati orang Melayu apabila ia menganjurkan forum membincangkan satu lagi isu sensitif berkaitan kontrak sosial iaitu diskusi yang menyentuh keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagi Majlis Peguam, perbincangan tersebut adalah hak mereka yang dijamin oleh undang-undang, tetapi orang Melayu pula merasakan kedudukan kaum pribumi itu yang diberi legitimasi dalam perlembagaan kini dipersoalkan secara terang-terangan.
Inilah akibatnya jika kita mengambil ringan dan mudah dengan apa yang berlaku sekeliling kita. Kita alpa kerana setiap hari kita senang dan gembira dengan kehidupan yang penuh dengan bermacam fitnah dan hasut, hasad dan dengki, caci dan maki sesama bangsa. Sebaliknya mereka hanya meneropong dan menunggu disaat kita alpa untuk mempertikai hak kita. Jadi forum memeluk Islam adalah buktinya. Jika kita angkuh dan sombong sesama bangsa, padah bakal menunggu dan yang ruginya adalah bangsa kita.
Haruslah kita renungi dan hayati, perjuangan bangsa kita agar tidak tergadai suatu hari nanti. Sepatutnya kita sesama bangsa hendaklah bersatu hati, walaupun berlainan parti demi masa depan bangsa dan agama dan anak cucu kita agar tidak merempat di bumi sendiri.

Tuesday, July 15, 2008

PERALIHAN KUASA PUCUK PIMPINAN UMNO

Sedikit sebanyak hati rasa lega apabila pucuk pimpinan UMNO mula merapat kata, berjanji setia dan akan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Jun 2010 adalah masa yang dijanjikan oleh Pak Lah dalam usaha merangka strategi peralihan kuasa pucuk kepimpinan negara.

Sekurang-kurangnya satu perubahan baru dalam UMNO dalam meredakan gundah-gulana rakyat berikutan pendirian Pak Lah sebelum ini yang tegas menyatakan tidak akan berhenti kerana banyak janji rakyat belum ditunaikan. Demi untuk kebaikan UMNO dan Kerajaan pada masa akan datang, Pak Lah telah mengambil satu pendekatan dan nescaya perubahan sebegini amatlah penting dalam usaha menarik kembali sokongan rakyat Melayu dan ahli UMNO untuk masa depan negara.

Pak Lah telah menentukan tarikhnya namun ada pihak nampaknya mula bermain kata, rasa curiga dan mendakwa setakat janji Pak Lah semata-mata belum tentu Najib akan dapat apa yang dijanjikannya. Itulah kata-kata mereka yang luka dan kecewa kerana hasrat dan cita-cita tidak seperti dijangka. Namun rakyat dan terutamanya ahli UMNO tetap pegang pada janji dan sumpah taat setia, UMNO tidak pernah lupa akan janji jika dikota.

Hanya yang kecewa akan berkata-kata sedemikian, tapi rakyat semua percaya Pak Lah dan Najib sudah berjanji setia akan peralihan kuasa tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ia berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kenyataan terbuka Pak Lah dengan menyatakan Najib akan menggantikan beliau mengurangkan keresahan sebaliknya kembalikan sokongan ahli UMNO dan orang Melayu yang ingin melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Kerajaan setelah keputusan teruk dalam PUR ke 12 baru-baru ini. Mungkin kenyataan beberapa ‘orang kuat’ dalam MT UMNO untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada persidangan Agung UMNO Disember sedikit sebanyak telah membuka pintu hati Pak Lah mengubah pendirian beliau.

Disembar nanti ahli UMNO akan berhimpun dalam usaha merangka strategi masa depan negara. Gunakanlah peluang yang ada sebaik-baiknya semasa perhimpunan nanti untuk agama, bangsa dan negara. Jauhkan sikap mementingkan diri dan kuasa kerana ia tidak akan kemana-mana, sebaliknya masa depan UMNO juga akan rosak binasa. Tapi mungkin juga ada perwakilan cuba mendesak supaya Pak Lah meletakan jawatan lebih awal dari yang dijangka.


Tengku Razaliegh nampaknya gundah dan gulana dan semakin hebat berhujah dan berkata-kata. Najib yang disebut sebagai pengganti tidak berkata hanya berterima kasih dan berjanji taat setia kepada ketua. Muhyiddin Yassin, sebelum ini lantang bersuara seperti lagak seorang pendekar berjuang untuk bangsa dan negara sudah diam tidak berkata-kata. Tapi Tun Mahathir yang telah berubah pendirian sebelum ini berkata Najiblah pilihan pemimpin harapan abngasa dan negara, namun kebelakangan ini mula tidak menaruh harapan sebaliknya Muhyidin Yassin pula di nobatkan sebagai pahlawan.

Tapi ramai juga yang berkata, setelah Tengku Razaliegh mula melemparkan idea membangunkan negara dan menurunkan harga minyak meringan beban rakyat yang menderita, gabungan Tengku Razaliegh/Muhyidin Yassin mampu memartabatkan kembali UMNO dan negara.


Kenyataan Tengku Razaliegh mula menjadi bualan. Rata-rata mula bertanya-tanya kenapa selepas debat antara Anwar Ibrahim Vs Shabery Cheek baru beliau bersuara, melemparkan idea kononnya mampu membangunkan negara dan mempunyai strategi menurunkan harga petrol. Jika benar beliau ahli UMNO yang setia, demi agama, bangsa dan negara, bentangkan strategi dan langkah-langkah yang beliau maksudkan kepada pucuk pimpinan negara.

Tapi beliau hanya pandai berkata, hingga hari ini langsung ideanya entah kemana. Namun semua faham, itu hanyalah kata-kata mereka yang kecewa kerana Pak Lah sudah tentukan masa dan siapa penggantinya.

Namun kita haruslah sedar dan marilah kita amati, kenapa kita mengadai maruah bangsa jika orang lain mendapat banyak manfaat dan memperolehi kesenangan sedangkan kita asyik tuduh menuduh, tikam menikam dan bermasam muka sesama kita. Orang lain sedang gembira meraikan kejayaan dan menikmati tuntutan kita masih mengasah parang berjuang untuk menentukan kematian.

Adakah kita mahu melihat UMNO akan hilang kuasa dan bukan melayu akan berkuasa pada masa akan datang? PUR ke 12 sepatutnya menjadi pedoman dan pengajaran buat orang-orang Melayu betapa rapuhnya kuasa politik orang Melayu berbanding bangsa lain.

Tidak mustahil kuasa manoriti jika bergabung boleh menjadi kuasa majoriti. Jika sebelum ini kita memperlekeh dengan kata-kata ’manakan kaum Cina dan India boleh berkuasa’ kerana Melayu majoritinya jauh lebih tinggi berbanding kedua-dua kaum ini. Namun hari ini sebaliknya berlaku. Kedua-dua kaum ini dilihat mempunyai kemahuan dan tekad yang sama iaitu mengambil alih pucuk pimpinan negara dan menentukan arah tuju politik negara di masa akan datang.

Dalam peralihan kuasa ini juga, pucuk pimpinan UMNO perlu melihat strategi untuk merampas kembali lima negeri di bawah penguasaan pembangkang. Jika dibiar semakin lama penguasaan pembangkang pada negeri-negeri tersebut maka semakin tipis harapan BN untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut. Sudah tentu pembangkang akan cuba memenangi hati dan perasaan rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua sekalipun.

Ramai berpendapat bahawa sebaik-baik mengelak rakyat mula terpukau dan tertawan dengan tawaran dan perlaksanaan pembangkang ialah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13 seawal 2010. Karat jika sudah lama melekat amat susah untuk menghilangkannya walaupun sekuat manapun di sental.

Harapan semoga semua ahli UMNO bukalah mata. Jangan terlampau ghairah untuk menawarkan diri bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, sebaliknya tumpulah perhatian untuk memulihkan parti dan sokongan ahli dan orang-orang Melayu kepada UMNO. Jika semua leka, perjuangan UMNO sejak sekian lama setelah 50 tahun Kemerdekaan Negara akan terkubur buat selama-lamanya. Pemulihan dalaman parti perlulah dilakukan segera supaya tidak merebak penyakitnya yang sudah semakin parah.